Minggu, 27 April 2008

Catatan Polynesia Mengenai Atlantis

Catatan Polynesia Mengenai Atlantis

Kelihatannya peradaban purba di India, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Carribean adalah lebih purba dan lebih besar dari apa yang boleh dibayangkan oleh seseorang. Kebanyakan daripada bukti-bukti ini (masalahnya) terlantar bermeter-meter di bawah sedimen dan batu karang.1

Orang-orang Polynesia menyebutkan mengenai Hawaiki, pulau besar atau benua ke arah barat melangkaui lautan (Pasifik). Hawaiki dikatakan merupakan tanah air mereka yang musnah, di Indonesia (baca: Paparan Sunda), dan dipastikan merupakan firdausi sebelum ia dimusnahkan oleh malapetaka gunung berapi.2

Mala petaka ini menenggelamkan sebahagian besar tanahnya, dan melemaskannya dengan lahar dan asap. Kemusnahan Hawaiki terjadi semasa peperangan besar, sama seperti kes Atlantis. Tinggalan Hawaiki, firdausi Polynesia, bersamaan dengan Hades atau Neraka, seperti yang disebut di dalam lagenda Greek atau lainnya.3

Adalah menarik untuk disebutkan bahawa di dalam tradisi sebelah barat, syurgawi dan tinggalannya terletak di sebelah timur dan kawasan "Orient", sedangkan di sebelah Timur Jauh dan Oceania, arah yang sebaliknya dikatakan betul, maksudnya terletak ke arah barat dan bertentangan. Dengan kata lain, tradisi sejagat bersetuju bahawa syurgawi dan kenangan nerakanya terletak di kawasan tidak lain tidak bukan di Indonesia (baca: Paparan Sunda) yang merupakan "Pusat Dunia **Navel of the world**" yang sebenarnya.4

kadayanuniverse.com

 

tag : atlantis, sunda land, paparan sunda, austronesia, Polynesia, benua yang hilang, indonesia

1 komentar:

  1. Klao melihat dari bahasanya Anda sebagai Admin Blog ini tidak berasal dari Indonesia, tapi dari Malaysia.
    Benarkah ?
    Bila benar saya sebagai warga negara Indonesia sangat berterima kasih dengan postingan2 Anda yang sangat positif ini.

    BalasHapus

Kupas Tuntas Hubungan Peradaban Kuno Atlantis, Legenda Lemuria dengan Indonesia