Minggu, 27 April 2008

Catatan Bangsa Celt Mengenai Atlantis

Catatan Bangsa Celt Mengenai Atlantis

Di dalam Mabinogion, Buku asal-usul bangsa menyatakan bahawa orang-orang Celt (orang eropa kuno) pada asalnya datang daripada "pulau Defrobani, Negeri musim panas dan tanah orang-orang Cimmeria".

Perhatikan, "Defrobani" hanya boleh dirujuk kepada pulau Taprobani, seperti yang dirumuskan oleh banyak pakar. Taprobane "yang disamakan oleh para pengarang purba sebagai syorgaloka dan dicuriagai sebagai tempat kejatuhan Nabi Adam "tidak lain dan tidak bukan daripada pulau Sumatra (baca: paparan Sunda) yang sebenarnya merupakan tapak Atlantis.

Begitulah meluasnya persamaan tradisi, catatan-catatan budaya dan keagamaan yang menyentuh soal tamadun iaitu Atlantis sejauh yang kita bincangkan dari sebanyak enam siri yang lepas (siri 10 "15). Sudah tentu, perbincangan kita ini hanya meliputi sebahagian kecil dari cerita yang terdapat di seluruh dunia mengenai hal yang sama.

Bukanlah sesuatu yang aneh jika misalnya, saya mencadangkan bahawa tapak Atlantis ini adalah di kawasan kita, kerana alasan-alasan tersendiri. Apa yang lebih menarik ialah kerana gagasan berkenaan dikemukakan oleh orang luar, terutamanya orang-orang barat sendiri hasil kajian mereka yang mengambilmasa bertahun-tahun. Sudah tentu, setakat cerita sahaja tidak menjamin kebenaran sesuatu perkara. Oleh yang demikian, pada artikel yang akan datang kita akan membincangkan mengenai tinggalan-tinggalan senibina yang diasaskan oleh keturunan orang Kadayan di masa lampau.

kadayanuniverse.com

 

tag : atlantis, sunda land, paparan sunda, Bangsa Celt, benua yang hilang, indonesia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Kupas Tuntas Hubungan Peradaban Kuno Atlantis, Legenda Lemuria dengan Indonesia